ALhamdulillah. terima kasih Allah

tanda org mukmin meninggal


 Berpeluh di dahi, berlinang air mata

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier,

Alhamdulillah..

ayah meninggal, tenatnya sekejap je.


 meninggalnya hari sama di lahirkan
meninggalnya 63 tahun
meninggalnya hari rabu
meninggalnya tanpa menarik nafas panjang
meninggalnya berlinang air mata.

teringat suami masa hari kejadian
dia menangis...

aku tanye.. u nangis ke b..kenapa..

him: ak ah. sy bukan sedih ayah pergi,.. sy menangis sebab tengok keadaan n cara dia meninggal, sayup..untung ayah u ... bukan senang nak dapat macam dia... kita ni tak tentu lg.

"Abg Md baru lepas call, tau kot aku tgh tak keruan kt opis ni "

ayah ku lembut orgnye. sangat sangat penyabar. dugaan datang dari kiri kanan.
dugaan dari semua arah. dia tetap tenang. tetap redha. sabar.. tabah...

aku doakan dia selamat aman di sana...


Comments

Mai Alias said…
Kak.... :'(
Ayh mai koma waktu meninggal.. Nurse ada cek mata dia sblm ni xde respon.. Tp nurse pesan ckp je dgn dia sb dia boleh dgr... Saat sblm ayh meninggal yg buat mai rasa dia dh sgt dekat utk kembali sb ada air mata berlinang... Allah... Semoga benar itu tanda yg baik buat ayh.. Mmg redha itu berat kak... Klo boleh nk doa pd Allah semoga ayh sembuh... Sgt berat nk doa 'jika Engkau takdirkn utk ayh kembali padaMu....' tp bila kita redha Alhamdulillah kita mmpu bertenang n senyum bila ayh benar kembali pdNYA sb DIA tau itu yg terbaik.. Redha kita juga dgn izin DIA kn tp usaha kena dtg dr kita... 'Iman tdk dpt diwarisi oleh seorg ayh yg bertakwa' tp semoga ada tempias utk kita... Malu pd DIA... Sgt byk DIA beri...sy kurang mai kembalikan....

-Mai-
Mae said…
Mai, alhamdulillah, org pon hari-hari terakhir, org doa, ringankan penderitaan dia, berilah yg TERBAIK, at last tak sampai beberapa hari ayah pergi.

alhamdulillah, insya Allah kita tau dia kat mana sekarang. kita tau berapa byk dugaan dia lalu dengan hati yg sangat kuat... bukan senang nk jadi mcm dia, dugaan bertimpa, hati tetap redha...

insya Allah redha, tp kenangan terlalu payah nk lupa. terkenang2 kesalahan kita... semoga Allah kurniakan iman yg kuat seperti dia pada zuriat keturunan kita. amin.

mai makes me strong, bile sedih mesti teringat mai .. sbb mai penah lalu :D

Popular posts from this blog

Timeline of a Breastfed Baby

DAY 1 - MELBOURNE 1.7.17

headache!~