Mari Aku Ceritakan Tentang Guruku
Mari aku ceritakan. kisah mereka yg membawa kita ke syurga. 1. Ibuku 2. Bapaku 3. Guruku 4. Suamiku aku lebih senang memilih menceritakan perihal guru ku sebelum kedua ibu bapa ku, kerana guru yg mengenalkan betapa besar nya ibu bapaku. ingin aku ceritakan agar kisah ini akan jadi cerita dan ilmu untuk anak-anakku. GURUKU awalnya silat mengenalkan aku pd dia. jika tiada kenal, awal niat belajar silat untuk mempertahankan diri. tp di sebalik silat, lebih dari silat yg aku pelajari. 1. pergantungan - awal silat sudah mengajar hakikat. bahawa berdiri lurus menghadapi serangan. berdiri lurus – berserah pd Allah dan yg menggerakkan kita bukan kita. ilmu yg sangat dlm dalam ilmu hakikat. yg susah di fahami tanpa didikan guru. 2. Ibu Bapa – aku lebih suka memerhati keadaan sekeliling, yg paling aku kagumi, anak-anak muda yg “kering” hatinya, yg dulu tidak menghormati ibu bapa, berubah menjadi taat pd ibu bapa. yg tidak pernah salam cium tangan ibu bapa, bertukar jadi sayang dan kasih. didik...