Mari Aku Ceritakan Tentang Guruku
Mari aku ceritakan. kisah mereka yg membawa kita ke syurga.
1. Ibuku
2. Bapaku
3. Guruku
4. Suamiku
aku lebih senang memilih menceritakan perihal guru ku sebelum kedua ibu bapa ku, kerana guru yg mengenalkan betapa besar nya ibu bapaku.
ingin aku ceritakan agar kisah ini akan jadi cerita dan ilmu untuk anak-anakku.
GURUKU
awalnya silat mengenalkan aku pd dia. jika tiada kenal, awal niat belajar silat untuk mempertahankan diri. tp di sebalik silat, lebih dari silat yg aku pelajari.
1. pergantungan - awal silat sudah mengajar hakikat. bahawa berdiri lurus menghadapi serangan. berdiri lurus – berserah pd Allah dan yg menggerakkan kita bukan kita. ilmu yg sangat dlm dalam ilmu hakikat. yg susah di fahami tanpa didikan guru.
2. Ibu Bapa – aku lebih suka memerhati keadaan sekeliling, yg paling aku kagumi, anak-anak muda yg “kering” hatinya, yg dulu tidak menghormati ibu bapa, berubah menjadi taat pd ibu bapa. yg tidak pernah salam cium tangan ibu bapa, bertukar jadi sayang dan kasih. didikan secara tidak langsung yg diterap- tanpa sedar, sejak dari zaman arwah ustaz. sebab aku rasa, hati kita-kita .. terutamanya yg samseng2 ni sangat sukar dibentuk, tp dengan kata-kata hikmah dari tuan guru, semua akur, insya Allah , berkat yg dikurniakan pd tuan guru. bukan TAKSUB, namun kasih. seperti nya kita kasih kepada RAsulullah kerana peribadi dan ajaran beliau, begitu juga kita kasih pd tuan guru.
3. sunnah rasulullah – secara tak langsung, semua salah silap anak murid beliau tegur, dan secara tidak langsung peribadi beliau kita ikut, kerana setiap perbuatan yg di lakukan, akan di selit, ini sunnah rasulullah, amalkan ini untuk sunnah rasulullah, buat begini buat begitu tanpa sedikit pun beliau membangga diri
4. ilmu - beliau menjadi tempat rujukan ilmu, tempat pertanyaan ilmu, dan setiap kata-kata dari beliau akan terselit ilmu-ilmu dan amalan. yang aku rasa selama ni sangat berselirat aku carik, tapi amat mudah apa yg beliau simpulkan. – islam itu mudah.
5. sillaturrahim – dengan adanya beliau sebagai idola, dan anak murid menghormati beliau. “ikutlah belakang nabi”~
semoga anak-anak kami tetap di bawah pimpinan silat cekak hanafi selagi ianya betul.
buat yg mendidik dan membentuk aku – ibu, bapa, guru, suamiku
Comments