Posts

Showing posts with the label hati

Tujuh ayat yang diulang-ulang.

http://elmswords.wordpress.com/2013/10/23/tujuh-ayat-yang-diulang-ulang/

Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi

Dari blog sahabat “Aku ketuk pintuMu dengan menggunung harapan semasa orang lain semuanya tidur nyenyak Aku merayu padaMu sepanjang malam – segala penderitaan yang aku pikul.. Aku bermadah Kamu adalah tumpuanku bila saja bala menimpa Hanya Kamu sahajalah tempat aku berpaut Aku mengadu padaMu aneka penderitaan Kamu tentu tahu sepenuhnya Kesabaranku sudah mula luntur, daya tenagaku sudah mula lemah… Sekarang, padaMu aku menadah tangan dengan cukup hina, Oh Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah… Justeru pohonlah ya Rabbi, janganlah biarkan tadahanku tidak berisi.. Limpah kurniaanMu seluas lautan, akan memuaskan siapa saja yang yang menghirupnya…..” -kata dari hati Tuan Haji Nik Aziz Nik Mat. Rajinlah selalu membaca doa atau zikir yang mudah menurutmu. Kekuatanmu untuk membacanya merupakan bentuk pertolongan Allah. Kalau engkau bisa berzikir, itu berkat kurnia-Nya semata. Sementara kalau engkau berpaling, itu kerana murka dan marah-Nya. Oleh kerana itu, beramallah dan bersung...

ANDAI AKU DIDUGA

Image
sejauh mana penerimaan aku tika tiba saat itu bukti aku benar-benar bergantung bukti aku benar-benar berserah meletakkan berserah sebenar berserah menyebut BENAR bila tiba waktunya akan terkenang KENANGAN akan teringat INGATAN tapi semua di tanganMU PEMILIKKU andai tiba saat itu PASRAHkanlah aku ajarkan aku, ajarkan aku peganglah jiwaku ya TUHANKU jangan kau beri lain selain ENGKAU memegangnya kerana aku tidak memandang lain selain MU kerana yang lain tidak bernilai selain MU PENGHARAPAN aku hanya padaMU PERGANTUNGAN aku hanya padaMU hidup dan matiku hanya UNTUKMU sesungguhnya aku LEMAH selemah-lemah lutut untuk berdiri dengan sendiri ~jintanmanis 02.2012

perjalanan

jiwa kadang-kadang tak terpikul dik bahu tak terangkat dek semangat tak terbawak dek jalan tak terhirup nafas tak sanggup melangkah rasa nak lelap je 100 hari, 100 tahun, cuma satu jangan terlintas dalam hati - bunuh diri... sebab itu benar2 kau putus asa, kerana nafas ini DIA yg punya jalan cerita ini telah tersedia kerana mendapat REDHA perlu berkorban walhal REDHA itu malu untuk kau minta sebagai hamba wahai Mailal, tetapkanlah hatimu, apa saja untuk tuhan Mu bahkan sayang pd manusia kerana Allah bahkan berGURU kerana Allah hatta berserah juga kerana Allah dan REDHA juga kerana Allah baru kau FAHAM apa itu IKHLAS yg amat SUSAH untuk di capai. lihat diri dari atas, melihat diri berjalan dalam dugaan, kadang2 tergelincir kata hati, lantas iman meyakin kan hati , BUKAN ITU yg sebenarnya kalau boleh aku jerit pada NAFSU, pd fikiran yg suka membuat keputusan sendiri

borak-borak dengan hati

Image
-tutup mata- 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10. tarik nafas............................................. lepas. resetting. kalau tensi aku buat apa? listen to ahmad deedat. streaming @ youtube. walau pon tak dpt catch up all his point sbb listening sambil buat kerja, tapi aku rasa macam lullaby kat telinga. penyakit aku, aku tak reti nak list down songs kat playlist. aku tak reti nak dengar lagu. kecuali kalu aku suka satu lagu aku ulang-ulang sampai lebam. herk. hari ni mood tak berapa nak elok sejak pagi. mungkin effect hari-hari yg lepas sejuk, mendung & dingin. tiba-tiba hari ni awan menghilangkan diri, maka matahari tidak sembunyik di balik mereka seperti selalu. mood tak berapa nak elok , walau pon malam tadi dapat ubat. haih!~ jangan merungut! dah tengahari kot! *goncang goncang hati sendiri* DIVERTING!! Dia nasihat jangan putus asa. kecewa boleh. aku sangat kecewa... sedih ... sayup. tengah control tak putus asa nih. nasib baik ada pesanan. ada pengingat. byk kali diulang. org mukmin ta...

Rindu~

kenapa ye. hati ini tersangat & teramatlah rindu yang tak tersapa dek mata. Semoga diberi izin. amin

ketenangan

Ya Allah, kegembiraan aku ini kepunyaanMu ketenangan aku ini kepunyaanMu kasih aku ini kepunyaanMu nafas aku ini kepunyaanMu kesedihan aku ini kepunyaanMu kesusahan aku ini kepunyaanMu kekuatan aku ini kepunyaanMu hayyat aku ini kepunyaanMu dan hanya padaMu hati aku tunduk, dan hanya padaMu aku mengadu dan menceritakan segala kabar. kasihku hanya untukMu, dan untuk hamba2 yg mencintaiMu, dan sesungguhnya kasih aku sendiri kepunyaanMu Allahumma ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ala diynik, wa ya musarrifal qulub , sarrif qulubana ala thaatik.

Tuhan kaya aku miskin

Tuhan kaya, aku miskin

November 10

Image
tidak dapat aku pegun masa cuma dapat melajukan langkah mengejar masa yg hujung nya hanya satu pohonku jalan ku di beri petunjuk petunjuk dari Mu yang Maha Mendengar kurniakan aku sabar atas setiap sesuatu kurniakan aku kekuatan untuk sabar itu jangan lupakan aku pd sesuatu yg baik jadikan lah pengakhiran ku nanti, pengakhiran yang baik. ya Allah ya Rahman sungguh, tiada dapat aku lihat kebaikan aku lakukan sepanjang tahun hanya Engkau lah Maha Mengetahui sesuatu yg tersembunyi Janganlah Kau tunjukkan aku sesuatu yg tidak Engkau sukai dan janganlah Kau sembunyi kan sesuatu yg Engkau sukai. ya  Qahhar ya Wahhab sesungguhnya telah kau tulis segalanya dalam bukuku, jodoh, ajal, maut, musibah, janganlah ya Allah kau catitkan pengakhiran yang buruk. Tunjukkanlah aku tunjang keyakinan, Tunjukkanlah aku akar ikhlas, Tunjukkan aku ihsan, kerana tidak aku jumpa sesuatu jalan melainkan dengan petunjukMu ya Hafiz ya Mu'id jika kau takdirkan satu masa Kau ambil kembali apa yg telah dipinjamkan...

makhluk

Image
sudah berkurun belum lagi sang matahari lewat sedetik muncul waktu pagi. belum lagi sang matahari awal turun diganti bulan. belum lagi bulan mendahului keluar di waktu senja. belum lagi bulan lewat menunaikan tanggungjawabnya. belum pernah mereka ingkar perintah tuannya. tapi aku? manusia dijadikan sebaik baik kejadian. ingkar pd tuanku, walau usia masih muda. aku adalah makhluk paling hina, dan tuanku, Allah adalah yg Maha Mulia dari segala. -jintanmanis
petunjuk mencari teman, " bila melihatnya teringat Allah".mendengar kata2nya menambahkan ilmu agama, nasihat dan geraknya teringat akhirat, kita lemah, dia bantu kuatkan,tahu kelebihan kita dia sokong ,kita sedih dia gembirakan, tahu cita2 kita, dia dorong, dia tahu kebodohann kita, dia ajar, bila kealpaan dia yg keju...tkan, sama2 kita berkawan hingga ke syurga -Ustaz Mohd Zawawi

berkata-kata

"berkata-kata dengan Allah lebih baik dari berkata-kata dengan hati"

4am. friday

Image
i receive an SMS at 4 am... today. selalunya kalau sms kol 3, 4 pagi, walau pon dengar, tapi malas nak tengok. sbb maybe promotion nye sms. tapi hati terlalu kuat nak p check, dengan terkulat kulat mata baca... Salam wahai ******* yg d sayangi.. semuga kita dpt dtg ke Tanah Suci bersama2 dgn family *** **..syukran katsiran... 10 kali aku ulang, betul ke aku dapat nih? ke org lain kasi? bace dan bace balik.. betul lah ape aku dapat nih... then i replied Salam wahai ****** yg amat dikasihi,jutaan terima kasih atas doa yang diberikan. semuga berkat doa mu,dapat kami ke sana bersama keluarga *** **. Smoga dimudahkan urusan d sana & sihat tubuh badan.Sampaikan salam sy pd rasullullah saw jika tidak keberatan. TK & Take care wahai ******. terharu aku .... semoga doanya dimakbulkan. teringin ke sana. bawak ayahanda sementara die masih ada ... amin amin amin. aku dapat ubat ni tenang giler. senyum je. bayangkan, orang tu kat sana, tanah suci, tapi ingat kita kat sini, siap doakan tu......

Wastainu bi sabri wa salah…

Wastainu bi sabri wa salah… Minta tolonglah dengan sabar dan solat… Setelah solat…. duduklah dalam keadaan …Diam …segala fiziknya santai…,Tenang…jiwanya dan batinya tenang.. tanpa sebarang gangguan dari luar…, Wukuf..tumpuan penuh…mengingat Dzat Nya… Dalam keadaan ini.. otak dan dada Salik akan berada dalam kedudukan yang selari dengan “otak” dan “dada” ….kehendak…… Allah.. Setiap kali dada mu sempit kembalilah dengan melakukan solat ….. mikraj.. dan dada mu akan menjadi tenang… Allah akan memberikan ilham… jalan penyelesaian … kepada jiwa-jiwa nan tenang… Setiap kali kamu menghadapi masalah…, jalan buntu…, dan sesuatu yang mendebarkan dalam kehidupanmu seharian, Maka….kembalilah kepada NYA dengan …..mikraj… solat adalah mikraj bagi orang mukmim… Itulah caranya Allah membimbing salik-salik nya ..(salik…mereka yang cintakan Allah) Apabila Allah telah ada DI SINI Dia juga telah MELIPUTI…. kerana Allah itu ….Yang Maha Meliputi… dan Maha Mengasihani… MasyaAllah sumber:hajirikhusyuk

keakuan

KEAKUAN adalah hijab yang paling TEBAL

cuma berfikir

sedang berfikir maksud hadith nabi saw Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang untuk menyembah yang lain, aku akan memerintahkan istri untuk menyembah suaminya.” (HR. Bukhari dan Muslim) jika suami sebagai pendidik, kenapa tidak guru patut kita sembah, pasti ada sebab jika suami penjaga isteri, kenapa tidak ibubapa patut disembah, pasti ada sebab bukan menyangkal... cuma berfikir .. sebabnya hadith nabi... pasti ada yg tersembunyi. dan kenapa berkahwin... aku perlu ada guideline untuk memulakan sesuata perkara... supaya ke kiri atau ke kanan, aku tetap ikot jalan itu. mudahan di beri petunjuk

marah dan sabar

aku ade bace hadith ni .. tapi jalan cerita agak berlainan. apa yg aku ingat.. dari Ibnu Musayyab radhiallahu:- pada satu ketika, rasulullah saw duduk beramai ramai bersama sahabat termasuk Abu bakar as siddiq. kemudian datang seorang quraisy menghina Abu bakar. Kali pertama, abu bakar hanya berdiam diri. apa beliau berdiam diri, rasulullah saw mengalihkan duduknya utk duduk dekat dengan Abu bakar. Kali kedua di hina, tetap abu bakar berdiam diri, dan rasulullah mengalihkan duduknya, semakin rapat dengan abu bakar. Kali ketiga di hina, Abu Bakar marah lantas menarik pedangnya. rasulullah lantas bangun dan berpaling muka dari Abu bakar. kemudian abu bakar bertanya:- Kenapa ya Rasulullah, adakah sesuatu perlakuan yg aku lakukan, membuatkan kau berpaling muka ya rasulullah? dan rasulullah menjawab:- Wahai abu bakar, tahukan engkau ketika kamu dimaki oleh quraisy itu pertama dan kedua kali, kerana diammu(sabar) malaikat turun mengelilingi mu. dan apabila kamu marah buat kali ketiganya, mal...

untuk hati II

at the end of the day, walau berat mane dugaan, jangan membuat keputusan melalui hati, jangan melayan nafsu melalui hati, fikir dengan akal, menenangkan si hati, memelihara si nafsu... kerana jika tidak akal campurtangan, aku hendak terus pupus dari muka bumi ini. hati sudah terlalu letih menghadap semua... tapi aku nasihat si hati, kau sedang bersedih, jangan kau dengar satu suara jahat pon menembusimu, kerana si syaitan menuggu peluang, bila pintu sedih terbuka. sabar, separuh daripada iman. untuk memaniskan iman, dugaan di beri, ... lapar, dahaga ... JIWA... untuk menghadirkan sabar... agar sabar jadi penepis si jahat... kerana sabar, MENYEMPURNAKAN iman... bersabar lah wahai hati, kerana terlalu awal untuk kau mengalah, terlalu murah untuk kau menyerah, hasbunallahu wanikmal wakil... -jintanmanis | 03.06.10

Hikmah Dugaan II

previous> Hikmah Dugaan pertama nya... aku berlindung kepada Allah dari sifat riak, ujub dan takabbur... Hikmah ujian dan sabar.. Banyak yang aku lalu. ujian, musibah dan sabar... aku tak kata aku tabah n sabar. tp ini yg aku lalui. untuk peringatan pd aku sendiri masa akan datang. dan ayat innamaal usri yusra fainna maal usri yusra... setelah kesusahan ada kesenangan, setelah kesusahan, ada kesenangan... dua kali di sebut maknanya dua kali kesenangan Dia beri setelah kesusahan. Maha Suci Tuhan... aku banding diri aku dengan yang dulu, dugaan sekarang makin kuat. setelah apa yg aku lalu, tak kira dari segi duit, life, kerja, keadaan sekeliling, aku lalui kesusahan tu. walau banyak kali jatuh tersembam, kalah, tp aku pohon agar tali tetap tak putus... kesusahan, musibah, sangat berat ... sampai tak larat... dan baru baru ni aku dapat satu berita yg sangat menggembirakan. aku fikir balik, kalau aku tak lalu kesusahan dulu, rasa "senang" ni aku rasa senang senang biasa. kala...

tiada kata

Image
subhanallah, allahumma antassalam waminkassalam wailaika ya'u dussalam fahayyina rabbana bissalam tidak tergambar rasa yg kau beri ya rahim