November 10


tidak dapat aku pegun masa
cuma dapat melajukan langkah
mengejar masa yg hujung nya hanya satu
pohonku jalan ku di beri petunjuk
petunjuk dari Mu yang Maha Mendengar
kurniakan aku sabar atas setiap sesuatu
kurniakan aku kekuatan untuk sabar itu
jangan lupakan aku pd sesuatu yg baik
jadikan lah pengakhiran ku nanti,
pengakhiran yang baik.


ya Allah ya Rahman


sungguh, tiada dapat aku lihat kebaikan aku lakukan sepanjang tahun
hanya Engkau lah Maha Mengetahui sesuatu yg tersembunyi
Janganlah Kau tunjukkan aku sesuatu yg tidak Engkau sukai
dan janganlah Kau sembunyi kan sesuatu yg Engkau sukai.


ya  Qahhar ya Wahhab


sesungguhnya telah kau tulis segalanya dalam bukuku,
jodoh, ajal, maut, musibah,
janganlah ya Allah kau catitkan pengakhiran yang buruk.
Tunjukkanlah aku tunjang keyakinan,
Tunjukkanlah aku akar ikhlas,
Tunjukkan aku ihsan,
kerana tidak aku jumpa sesuatu jalan melainkan dengan petunjukMu ya Hafiz


ya Mu'id


jika kau takdirkan satu masa Kau ambil kembali apa yg telah dipinjamkan
Teguhkanlah hatiku melaluinya,
Kerana tidak aku kenal sabar tanpa musibah
Tidak aku kenal pergantungan tanpa asakan
Tidak aku dekat pada Mu tanpa dugaan.


ya Hamid,


Telah kau ciptakan Nabi Muhammad sebagai kekasihMu,
Semulia mulia ciptaanMu,
tambahkan lah rasa kasih dan sayang ku pada baginda SAW
keluarga baginda
sahabat-sahabat baginda
juga kepada mereka yg mencitai baginda.


ya Ghaffur,


Ampunkan lah dosa kedua ibu bapa ku.
Dan kau tumpang lah rasa "susah" mereka padaku.
Tenangkan lah setiap detik jantung mereka.
Sejahterakanlah mereka


ya Samad,


Ampunilah dosa guruku.
Kurniakanlah kesenangan pada beliau.
dan syukur aku ditemukan bersama beliau
solatku, adabku,hormatku, kasih pada baginda
beliaulah yg mengajarnya.


Ampunilah hambaMu,
ampunilah dosaku.
ampunilah dosaku.
Tiada tempat aku mengadu selain darimu.
Namun, hanya Engkaulah sebaik baik pergantungan.


"Allahumma ya muqallibal qulub, tsabit qulubana 'ala diinik wa 'ala ta 'atiq"


~jintanmanis~

Comments

Popular posts from this blog

Timeline of a Breastfed Baby

DAY 1 - MELBOURNE 1.7.17

headache!~