[35wks] berbolak-balik




pelikkan manusia ni,
rahim nya Allah tetap menerima.

walau berkali manusia pergi, datang balik,
tetap Dia terima,

bila "sampai" yakin betul2 atas sesuatu. Dia bagi.
walau byk silap dan salahnya manusia.
Allah tetap bagi.

tak kenal maka tak cinta,

bagi mmy,

tak kenal maka takkan kasih.

tak mencari "kenal" takkan bertambah kasih.

mana datang kasih pada Rasulullah? tanpa kenal dia siapa.
tanpa kenal dari kalam ke kalam, siapa baginda,
dari yang menyampaikan sanad.

kasih datang, kasih pergi.. cuba kekalkan? macammane?
dengan belajar lagi "kenal" tambah "kenal"

mohon Taufiqmu atas perjalan hidupku.
mohon taufiqMu ya Rahman kurniakanlah kefahaman pada zuriatku akan kasih pada Rasulullah.

sayang mommy,
 kerap mommy bisik,

kenallah akan rasulullah, kenal lah akan baginda. tiada baginda tiada kita bertuhan secantik ini. walau buruk nya kita sebagai hamba Allah.

kenallah rasulullah, kenallah abu bakar wahai khalif mommy.
mommy tetap doa, agar kekhilafan kami membawa kamu 9 bulan, tidak mengalir dalam darahmu. kerana mommy byk salah.

betap risaunya menunggu saat kamu keluar. bagaimana mahu mencorakkanmu dengan cara yg betul. kerana dunia ini bukan seperti di dalam rahim mommy. nafsu dan bisikan mengawal dunia. jangan kalah anakku.
tetaplah berpegang pada Allah. pada rasulullah. milikilah sifat abu bakar. mengasihi rasulullah kerana Allah.

tidak ada meratap beliau ketika wafatnya rasulullah. kerana "sebab" cinta beliau pada Rasulullah adalah pd Allah.

Hai anakku,
sebak mommy tulis ayat-ayat ini.
sebab mommy takut ,
sebab mommy tak sabar,
sebab mommy jahil.
sebab mommy takde apa dalam dunia ini.

mohon mmy diberi petunjuk mendidikmu.


 

Comments

Popular posts from this blog

Timeline of a Breastfed Baby

DAY 1 - MELBOURNE 1.7.17

headache!~