::Jodoh
terlalu abstract... terlalu subjective.
dan sesungguh nya jodoh adalah rahsia Allah.
aku pon tak berani ckp, tunang aku jodoh aku... kiranya belum ijab kabul.
dan doa kita dalam memilih jodoh perlu tepat, walau Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. kerana di situ kesungguhan kita. kite sendiri perlu tahu apa kita minta...
dan kejadian lalu sesungguh nya hanyalah pelajaran dan pengajaran dari Dia.
Tunang: aku tak pandang benda ni. sebab tunang belum tentu di ijabkabul. sebab tunang bukan tunjuk itu jodoh. mungkin adat. mungkin menjaga hati ibu bapa, mungkin mengelakkan fitnah.
yang aku lihat kahwin. apa tujuan kahwin? penat aku fikir... orang yg macam mane kita nak, yg tepat nak completekan kehidupan dunia akhirat. cukup kah soleh? soleh yg jenis menghitung amal sendiri, dan jenis tak faham apa yg dia buat?
kaya? cukup ke kaya? kalau satu hari harta die semua hilang?
rupa paras: kekalkah rupa paras sehingga bila2?
baik: kekalkah kebaikan dia? di mana hati manusia senang berbolak balik... begitu juga dengan perangai...
“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. “
(ar-Ruum:21)
aku suka fikir kenapa ... kenapa ini .. kenapa tidak boleh itu ... be prepare dengan samting... walau kahwin dengan sesiapa, dugaan seterusnya hanya Dia yg tahu tingkat mana kita sanggup lalu...
yang aku faham, dalam perkahwinan di berikan sedikit sifatNya. ar Rahman antara suami, isteri, keluarga. Bergetar hati , bila fikir sifat Rahman Dia. Bayangkan, Dia pinjam kan, Dia berikan .... pd manusia... yg sehina makhluk ni? Sesungguh Nya malu aku pada Mu ya Allah, apa yg Kau berikan besar... yang nampak... kalau yg tak nampak?
jalan masih jauh, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui yg terbaik untuk hambaMu, pinjamkan lah aku kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi dugaan. dan peliharalah aku dari tergolong dr golongan org yg lalai dan leka. kurniakanlah aku pemahaman.
Comments