Bismillahirrahmanirrahim Maha suci Allah. Fatih dan Hassan baru sahaja sembuh dari demam. Sejak Fatih dan Hassan lahir, sudah beberapa kali mereka demam atas beberapa faktor. Kedua-duanya, Allah bagi peluang untuk sembuh sepenuhnya tanpa pernah makan sebarang ubat. Paracetamol, antibiotik dan lain-lain ubat. Pendek kata, mereka tidak pernah makan sebarang ubat sejak lahir. Saya ambil keputusan mahu mencuba kaedah semulajadi bukan kerana saya menolak perubatan moden. Tapi, bagi saya apa salahnya kalau cuba dahulu kaedah ini. Lagipun, saya bukan pandai-pandai sahaja. Kaedah ini juga disokong oleh beberapa doktor juga. Setakat ini, mereka sembuh dengan remedi semulajadi. Demam pula tidak terlalu tinggi dan mereka sangat aktif. Saya masih merujuk pada doktor atas apa yang saya buat. Apa yang saya lakukan jika anak demam adalah : Minum banyak air. Saya bagi minum air kelapa sebagai elektrolit. Semasa demam, biasanya mereka susah mahu minum air. Jadi, saya bag...