Syair Aishah Kepada Nabi SAW Wahai manusia yang tidak sekalipun mengenakan sutera, Yang tidak pernah sejeda pun membaringkan raga pada empuknya tilam Wahai kekasih yang kini telah meninggalkan dunia, Ku tau perut mu tak pernah kenyang dengan pulut lembut roti gandum Duhai, yang lebih memilih tikar sebagai alas pembaringan Duhai, yang tidak pernah terlelap sepanjang malam karena takut sentuhan neraka Sa’ir ~ Aishah ra sejahteralah baginda yang pernah dilempar batu kerana kita sejahteralah baginda yang mengikat perut kerana kelaparan untuk kita sejahteralah baginda yang terpatah geraham di sebab kan kita sejahteralah baginda yang bengkak kakinya kerana pengabdian padaNya dan dakwah untuk umatnya sejahteralah baginda yang berdarah dahinya Dia yang mendahulukan lain darinya, Dia yang penyayang, Yang melembutkan hati yang keras... Dia yang Siddiq, Fathanah, Amanah, Tabligh, Hilang nya menjadikan yang lain bingung, Hilang nya hingga bilal tidak mampu melaungkan azan.. kerana rindu dan sedih ...