Posts

Showing posts from July, 2014

Ubat Demam tanpa Panadol

Image
Bismillahirrahmanirrahim Maha suci Allah. Fatih dan Hassan baru sahaja sembuh dari demam. Sejak Fatih dan Hassan lahir, sudah beberapa kali mereka demam atas beberapa faktor. Kedua-duanya, Allah bagi peluang untuk sembuh sepenuhnya tanpa pernah makan sebarang ubat. Paracetamol, antibiotik dan lain-lain ubat. Pendek kata, mereka tidak pernah makan sebarang ubat sejak lahir. Saya ambil keputusan mahu mencuba kaedah semulajadi bukan kerana saya menolak perubatan moden. Tapi, bagi saya apa salahnya kalau cuba dahulu kaedah ini. Lagipun, saya bukan pandai-pandai sahaja. Kaedah ini juga disokong oleh beberapa doktor juga.  Setakat ini, mereka sembuh dengan remedi semulajadi. Demam pula tidak terlalu tinggi dan mereka sangat aktif. Saya masih merujuk pada doktor atas apa yang saya buat. Apa yang saya lakukan jika anak demam adalah : Minum banyak air. Saya bagi minum air kelapa sebagai elektrolit. Semasa demam, biasanya mereka susah mahu minum air. Jadi, saya bagi ai

lailatulqadar

Image
Petua Imam Al Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar Maksud Lailatul Qadar Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.  Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:   Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan   Isnin - 21 Ramadhan   Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan Khamis - 25 Ramadhan Sabtu - 23 Ramadhan Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam yang lain juga. Sebabnya Ibnu Kathir ada menulis dalam kitabnya; ada sebahagian ulama' berpendapat setiap malam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatul Qadar [tak kira ganjil tak ganjil] Jadi, lebih baik kita angga

Puasa dan Mengandung

Alhamdulillah. today 5th day puasa. ingatkan tak larat. alhamdu lillah okey. kalau tak makan kurma ja rasa lemah sgt. moga cukup 30 hr ye anak mmy... ssekarang ni mmy tak tau boy ke girl. tp alam rahim. siapa yg tau kan.. wah cant wait to feel u move inside my tummy. muah.