Posts

Showing posts from 2010

sangap menanti belah

semalam, aku doa mesia menang. agar aku dapat cuti hari nih.. arikian cuti di anjak ke jumaat. tak ke kurnia tu? :D. esok dah ready jadual perjalanan hidup. susun susun .. stepler kan. aku ngantok lah... semalam balik sampai rumah kol 230 am. soo00Oooo sleepy. ahaks? aku rindu sesuatu la. apa dia? *** sementelahan berlakunya kemelut yang terasa berat tidak terdaya. dan alangkah rugi jika putus asa di ajukan sebagai penyelesaiannya

Selawat pelindung diri

tawassalna bi bismillah wa bil hadi rasulillah[2X] wa kulli 'arifin billah wa ahlillahi ya allah[2X] ya allah syumusilhuda shuyukhil waraa nujuu min nada [2x] bihinnas lamu min kulli aza bi qadrillahi ya allah "Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah,Ya Allah. Ya Allah! Dengan perantaraan kaum yang mulia,cahaya hidayah,dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu,ya Allah" Fadhilatnya:Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.

Sharing is Caring katanya. :)

Image
1. Madu. tahun 2011 azam untuk kesihatan~ istiqamah dalam pemakanan madu. Cuba niatkan kerana sunnah nabi dan al-Quran. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalam

Hati

ya Allah, lindungilah hatiku, peliharalah hatiku, kerana Engkau yang membolak balikkan hati, dan kepada Engkaulah aku pohon agar ia diberi jalan yang lurus. aku takut akhirnya kesudahan hayyatku. janganlah Engkau jadikan ia kesudahan yang tidak baik. Pengakhiran aku hanya satu. Kurniakanlah aku jalan yang betul. Tetapkan lah aku dalam agamaMu. Di jalan Nabi KekasihMu, Di jalan Guru ku yang mengingatkan aku pada jalan yang benar. aku takut kehilangan itu. peliharalah hati ku. dan aku letakkan ia sepenuhnya dalam penjagaanMu

Bahasa Terindah

Set mood. dengar clip ni pukul 1-2 pagi. pandang langit. feel it. confirm nangis! ~ ^^. my favourite song.

lagu melayu

nyanyi-nyanyi lagu SM salim on the way balik rumah. tiba2. dengan lenggok lagu ala sm salim dia nyanyi bunga selasih di tanam orang dipetik satu di buat pinggan... nasi segenggam lauk segantang makan setangan terasa kenyang. -------------------- aku... err.. bunga selasih dibuat pinggan? main petikkkkkkkkkkkk jeeeeeeee

ketepikan Facebook.

Image
quick tutorial. katanya. anda penah tak fening + tak kuasa dengan fb notification. sila lihat image di bawah utk cara-cara sort-your-fb-notification. (agak2 org google jumpe tak keyword ni ^^) 1. Click fb notification anda. Notes: kene pilih different notification and direct to the particular folder. ex: fb photo tagging notification, facebook message notification, facebook invitation noti, facebook comment status.. etc. so buat satu satu ye. 2. pi kat action, click filer email like this 3. select folder yg nak di sumbat. Notes: Click gambar utk besar munyaaa and tadaaaaaaaaaaa.... email anda akan bersih dari FB notification yg menyemakkan.!!!! how do you like this tips? :P~

Abah

Image
rindu kat abah sorang nih, aku rindu lepak seharian dengan dia. aku rindu dia buli faiz bile kitorang keluar sekali. aku rindu dia buat lawak. aku rindu dia cerita-cerita. dulu pernah aku demam, dia jage aku. siap selimut, bg makan ubat, buatkan food. kalau fikir balik, aku pon tak tau camne leh jadi anak angkat dia. aku ingat dia gurau, sampai satu hari, faiz ckp, dah satu JB dia bitau aku ank angkat dia. rindu dia. p/s: tu bukn seluar silat. dia pakai track color same. ble ke? ahaha

ketuk-ketuk dinding hati

satu hari nanti, kalau hati betul2 tersungkur. lembik, cuba ambik wudhuk. solat. lepas solat, cuba rendah kan hati . sehina hati sehina diri. pasang niat, ya Allah . kenapa aku rasa begini begini, cuba mengadu, tenangkan hati, bukak quran secara random. akan jumpe satu ayat, jawapan dari Allah. bukankah Quran itu sendiri mukjizat? p/s: aku mungkin akan private entry ni later :)

terima kasih katanya

Image
terima kasih yg sudi ziarah blog ni. aku tau 2-3 org je. sape yg bace blog aku mmg ble dikatekan rapat sbb tk ramai yg tau. 2011 lagi 2 minggu. cepatnye? patut nya doa November 10 ni aku buat awal 2011. tp biasalah. otak ni kalau dia tade idea cubit pakse pakse pon takde ayat nak keluar. anyway. terima kasih sesiapa yg bace... sampai ade yg print letak kat office. huk terharu... all the best...

Soalan

Soalan sesorang buat aku tersentak. Awak belajar hikam ke?

Mystatusinayear2010

Image
haks. boleh ke aku baca page by page? giler ke? okey ni i like. bagus budak fb nih leh grab archive.

snooker. ke?

Image
ha. ni la hobby aku kat office. pi merayau kat tempat org.tibe tibe terlihat satu kotak pin berwarna warna. aku susun susun la buat pyramid. tibe tibe jadi macam snooker yg comel plak. ^^

Hobby- collect buku kosong

Image
aku ada 4-5 buku yg design cantik2. tapi aku tulis dalam 2-3 muka surat je. lepas tu aku letak tepi, carik buku buruk2. tunang aku sungguh mengenali diri ini dan sangat pantang kalau aku kat kedai buku. me: b, nk beli buuuuuu... him: tapayahhhhhh.. me: tapi RM2.00 jeeeeeee him: tapayaaaaaaaaahhhhh... you beli u guna 2-3 lai u tak pakai dah!!! me: :( sampai la satu hari ni aku p jalan2 kat mall sorang2. beli buku indah nih. refer gambar. after 2 week baru dia perasan. tu pon aku suh dia pegang sat. sebab nak byr parking tiket. sambil2 bayar. him: bile beli ni. me: *senyap* - pura pura busy masukkan duit him: bile beli nih? me: lame dahhhh. sejak tak kenal u .. (oh giler bohong. .. hahahaa) dia pon pass balik buku tu... pheeewwww.. sebaik tak marah. ari esoknye--------- pagi ni aku kat office. selak2 buku tu. p/s:oh! hobby aku kalau ade buku, first page aku kosongkan. second page aku letak signature. tiba2 aku jumpe menda nih kat first page. Terjemahan: bila beli ni? - Faiz hahahaahahaha

2011-tahun memberi

Image
okey, jom ramai ramai buat lifetime investment. http://rumahanakyatim.com/ sile pilih nak derma yg mane .. ^^

Smurf

Image
Addicted to Smurf Village Kebun, tanam carrot. Taman Perumahan - Taman Smurf Indah

Restart

kalau la boleh restart, reformat otak & badan ni kan best.

rabiah adawiyah

okey. dah rasa diri cukup perfect utk dapat kecintaan Allah? belum lagi. rabiatul adawiyah - wali Allah dari kalangan wanita berusaha mendapatkannya. Kunci, hinakan diri. rasakan diri byk dosa.sabar atas permulaan sesuatu musibah. ---------------------------------- Rintihan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah: “Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau! “Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu. “Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjad

from him~

Buat penemanku, yg meredup mata pd sejuknya pandangan, peneman jiwa yg sntiasa disisi, kasih hatiku Mailal Hayati.. Hajat ini menzahirkn ucap rasa trima kasih yg plg tinggi dgn sulaman sayang dr hati ini utkmu wahai sepaling sahabat.. Yg tidak pernah putus asa, yg paling penyabar dlm dugaan, yg plg byk bkongsi susah hidup, yg paling tabah, yg paling tabah, yg paling tabah.. Wallahi, sungguh, Sedih mengingat perit dugaan & pengorbananmu, bergenang mengingt apakah masih ada lagi jasad mu pd dugaan akn dtg. Demi Allah, engkau lh wahai kekasih, yg paling membenar & paling mnduduki ats namamu, Perjalanan Hidup.. ~tinta airmata insan~ oh! aku nangis baca nih! huhu~

ar ra'd ayat 24

lepas solat, aku termenung, sedih jugak apa yg berlaku. aku bukak quran, pasang niat utk jumpe ayat yg menenangkan aku. ayat yg bagi jawapan utk aku. aku bukak dapat surah ar ra'd ayat 19. menangis aku baca terkenang rahman Nya Salaamun alaikum bima shabartum -keselamatan atasmu berkat kesabaranmu. Allah kasihkan hambaNya. terbukti dengan kalam yg Dia turunkan. miracle bagi aku. subhanallah.

ketenangan

Ya Allah, kegembiraan aku ini kepunyaanMu ketenangan aku ini kepunyaanMu kasih aku ini kepunyaanMu nafas aku ini kepunyaanMu kesedihan aku ini kepunyaanMu kesusahan aku ini kepunyaanMu kekuatan aku ini kepunyaanMu hayyat aku ini kepunyaanMu dan hanya padaMu hati aku tunduk, dan hanya padaMu aku mengadu dan menceritakan segala kabar. kasihku hanya untukMu, dan untuk hamba2 yg mencintaiMu, dan sesungguhnya kasih aku sendiri kepunyaanMu Allahumma ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ala diynik, wa ya musarrifal qulub , sarrif qulubana ala thaatik.

SMS

cukup dah, katanya :) aku down 2 hari nih. hari ni dapat SMS dari org yg amat aku kasihi. terima kasih sangat~ terus tenang! gembira + seronok!!!!

kumpulan

kompol-kompol korean movie. >.<

pinjaman sementara

Image
pinj

Tuhan kaya aku miskin

Tuhan kaya, aku miskin

0912~victory

borak-borak dengan 2 beradik (2 months ago) ika: kak, bila nak abes ek kes me: tatau la ika, tengok hakim la yui: yui kan sebenarnye dah tak sampai hati tengok abah dok situ je tiap2 kali. nak nangis jek. me: *diam* ika: kak, sian ayah kan me:*diam* ika: bwg, mlm tadi ika mimpi, ade tangan tarik ika, tapi tak sempat , ika jerit panggil mak. abah datang kat ika, abah cakap. "sian ika, sebab abah ika jadi camni," me: *sebak* yui: yui sian tengok mak. aku tak sampai ati nak cakap ape ape. me: korang sabar la byk2. insya allah dah nak abes dah ni. tengok pon macam kita lagi strong. and that day dalam court. aku masuk berhimpit. seketul je aku kat tepi tu. pompwan. hakim: dengan ini didapati encik ** **** didapati tidak bersalah .... aku tak sempat dengar abes terus aku meluru keluar carik sesape yg dapat aku pelowkkkkk. sedih. aku baru 2 tahun dlm ni, aku da rasa betapa susahnye dugaan ni, ni kan pulak family dia yg 4 tahun tanggung, aku carik yui, pelok dia kuat-kuat. melambak2

telinga

okey. dah 3 kali aku bangun n tido balik sebab taleh tido.  golek kiri dan kanan toksah ckp. excited kot!! awal pagi kami bangun terpacak kat klcc. terima kasih kat dia byk menggembirakan atiku. lewat petang~ me: lapar la plak, tapi tadi dah makan... dia: *senyap* me: makan ape ek tengahari tadi? dia: *senyap* me: oh. MAKAN tak abes. dia*gelak* oh telinga plak---- pagi pagi bangun dari tido mesti telinga aku sakit. tak kanan, kiri. pelik gak. nak kate sengal sengal takde plak training gune telinga. tadi golek2 baru aku perasan, telinga aku "suke" terlipat kalau ngereng kepala. sama ada telinga aku lembut atau telinga aku capang.

One Cycle Ends, Another Begins II

for 1432H ya Allah, aku redha dengan apa yg bakal Engkau berikan akan datang. kurniakanlah aku petunjuk seperti orang yg beriman sebelum ku. perbaikilah peribadi ku, imanku, kurniakanlah dan tambahkan lah cintaku pada Mu dan hamba2 yg mencintaiMu kurniakanlah dan tambahkan lah cintaku pada kekasihMu dan hamba2 yg mencintainya. aku bermohon pada mu kebaikan, dan dekatkan lah aku kepada nya sama ada dari segi perbuatan atau percakapan, dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan, dan jauhkanlah aku daripadanya sama ada dari segi perbuatan atau percakapan, kurniakanlah aku kefahaman tentang agamaMu, tiada aku faham tanpa izinMu, tiada aku dapat satu kebaikan tanpa izinMu, kurniakanlah aku hati dan akal yg faham tiada satu pun milik ku walau sebesar zarah melainkan Engkau Pemilik segala sesuatu. ampunilah aku yg lepas, sesungguhnya kasih sayang Mu lebih besar dari kemurkaan Mu, hanya Engkau tempat aku mengadu, dan syukur ku atas segala sesuatu yg Engkau pinjamkan sama ada yg telah lepas ata

Doa akhir tahun + Doa awal tahun

Image
Doa akhir tahun Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah. Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar

khat~ ^^

Image
in the making

one cycle ends, another begins

Image
salam hijrah. untuk kawan-kawan yang kita suka.

satu lagi Jumaat, satu lagi Disember

Image
aku lapar, eh? tak kena dengan tajuk. hm hm. alhamdulillah. aku kedapatan lagi satu jumaat. beza dari jumaat yg dah 1000x jumaat dalam hidup aku. dan disember. disember yg ke berapa kali dalam hidup aku. pastinya takde disember yg sama dengan disember yg lain. eh? aku lapar. so dulikkan apa aku taip. har har.... Penutup. Telah hampir penutup si 2010. Juga penutup si 1431H 3 hari lagi. kejap je kan. dan "rasa-yang-kejap" ni sebenarnya tanda akhir zaman. yg kecil. kau takkan rasa masa. dah bersedia ke melal? konfem belum! dulu masa aku sekolah rendah, (mungkin pengaruh tv) aku berimaginasi aku ni watak dalam satu filem@buku. nama watak utama tu Mailal Hayati. masa kecik tu aku fikir. ape akhir buku cerita/cerita ni ek? masa kecik kot. pening tak melal masa kecik? kecik2 dah fikir menda complicated? nasib baik laaaa takde kawan halusinasi nak kawan dengan aku. kalau tak sure aku dah ke laut. oh oke. aku tanak cerita ape aku dah buat. org kate yg lepas tu history. aku nak mandang

sleepy~

Image
ngantuk giler! Kulepas semua yang ku inginkan Tak akan ku ulangi Maafkan jika kau kusayangi Dan bila kumenanti *courtesy of LirikLaguIndonesia.net Pernahkah engkau coba mengerti Lihatlah ku disini Mungkinkah jika aku bermimpi Salahkah tuk menanti reff: Takkan lelah aku menanti Takkan hilang cintaku ini Hingga saat kau tlah kembali Kan kukenang di hati saja Kau telah tinggalkan Hati yang terdalam Hingga tiada cinta Yang tersisa di jiwa

sibuk-sibuk

Image
currently downloading PERSONAL TASTE ^^

favourite~

Image
golden moment

merajowk

dia merajok 3 hari dah tak jumpe. aku tanye sepatah jawab sepatah. komunikasi berunsur kan SMS hari 1st me: b, tak lapar ke tu him: da makan siang tadi. hari kedua me: b, nk makan? i tapaukan him: takpe. hari ke tiga. diamm je .... lastly aku hilang sabar.... texting him: Dalam hati u ade taman tak b. kalau takde meh sy tanamkan. he replied. Ampeh u b..!!trs langsung gelak. best line ever.

hayyat

dan diberi pinjam rasa 27 1431 kembali. ALHAMDU LILLAH

rasa~

Image
baru bukak blog aku. jintanmanis. adzan tu keluar. serta merta satu "benda" masuk menyelinap dari dada aku merata ke satu badan. allahu akbar, allahu akbar. saat ini. aku sedang berfikir. kenapa yg aku impikan tak dapat. dan saat ini jugak aku terus dapat jawapan. "jika tidak Dia izinkan, tak dapat kau angkat satu butir nasi pun..." hilangkanlah rasa memiliki walau sebesar zarah dari dunia, agar kau dapat rasa ringannya beban. dan setiap kali rasa kecewa aku rapat, Kau angkat kembali. aku hina sehina ciptaan. aku milikMu dan jiwaku kepunyaan Mu. "Ya Tuhan! Ampunilah aku, rahmatilah aku, tutupkanlah keaibanku, angkatlah kedudukanku, kurniakanlah kepadaku rezeki, dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan."

23112010-HUKM

23.11.2010 | HUKM him: u nak tau bau syurga macam mana tak? me: camne tu? him: u bau baby nih :).

HP7

Image
HP7           ---success!!!!!!!!!!!!!!~~~~~~~~ dalam 7 movies HP, aku rasa yg fail interpret JK Rowling punye imagination was the director of 1. Prisoner of Azkaban 2. Order of the Pheonix Prisoner of Azkaban. maybe sebab title dia Prisoner, the concept was dark grey. sooo spooky, tapi aku tak dapat rasa feeling kasih sayang seorang godfather. echehhhhhhhhhhhhh... and some more, the sirius character itself tak sama dalam buku. we were hoping tarabas or johnny depp. sebab dalam buku dia sangat hensem. DISSAPPOINTED!!!! Order of Pheonix. this is my favourite book antara 7. sebab masa ni sirius mati. and masa ni jugak harry potter jadi seorang yg emotional jugak gedik, jugak perasan hero. sebab dia la pok angkat dia mati. huwarghhhh... aku siap nangey bace mase sirius jatuh dalam archway tu. semua sebab harry potter. the storyline (buku) dr awal sampai abes, mmg syok dan tak busan. tapi the director tak dapat interpret betui2 dalam buku. sedih nyah. Half Blood Prince. orang tua yg hebat.
Image
Butik Pengantin Idaman Jelita "lahir kat rumah, nak mati kat rumah, biar kawen pon kat rumah" -dari allahyarham ustaz hanafi melalui makteh-

7 muka sama. hik

topic: bincang persamaan muka him: ramai cakap muka sy macam yg dlam melodi tu. abg tat pon asik cakap cemtu je. ade ke ek? me: mm.. tak kot. type face je .. sy rasa yg betul2 sama muka ngn u, yg raja lawak tu.. yg buat tv show pasal makanan tu. him: haa.. tu betul. tu sy pon ngaku ade rupa. muka. telinga. mata. me: ak ah. rambut dia pon tegak macam you dulu. him: ade betul .. sy ngaku. selama ni sy perasan 2 org je sama rupa dengan saya. *muka serious. sambil tunjuk tangan no 1* him: first, yg macam raja lawak tu. mmg sama. *tunjuk tangan no 2... muka serious abes. aku pk gak. sape lagi. muka dia ni pelik. jarang jumpe sama* him: yg kedua................................. anuar zain. *muka mmg tak gelak* me: *diam tanpa sepatah kata.*

everything 'bout us

Waktu terasa semakin berlalu Tinggalkan cerita tentang kita Akan tiada lagi kini tawamu Tuk hapuskan semua sepi di hati Ada cerita tentang aku dan dia Dan kita bersama saat dulu kala Ada cerita tentang masa yang indah Saat kita berduka saat kita tertawa Teringat di saat kita tertawa bersama Ceritakan semua tentang kita Ada cerita tentang aku dan dia Dan kita bersama saat dulu kala Ada cerita tentang masa yang indah Saat kita berduka saat kita tertawa

di ambil & di beri

Semalam dapat 2 berita dari orang terdekat 1. kelahiran anak sulung kak mar. perempuan. comel, cantik, mulus. cute. 2. pemergian penyelian Masjid USJ. innalillah. satu di ambil dari dunia, satu di beri ke dunia. Maha Bijaksana Allah atas segala ketentuannya, berilah aku petunjuk seperti yg Kau berikan pada yang terdahulu sebelumku. bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan. dari situ dapat sabar sebenar sabar. penerimaan itu sukar, kalau kenangan tidak terlalu utuh dalam hati. kenangan mendatangkan rindu pada ketidak hadiran seseorang.

iPhone vs iPad

Image
mae dear fa tengah aku kabut buat review iphone 4 and i pad f aa nad: melal wat paa my_yatie: tengok ipad review my_yatie: macam nak beli ipad dari ipon my_yatie: huwargh faa nad: waa faa nad: faa nad: tayah la yang faa nad: beli iphone je faa nad: ipad ni jz mcm saje2 je.. fa tgk boss fa pakai..die kai kejap je my_yatie: yeke my_yatie: my_yatie: seb ade fak my_yatie: kakaak my_yatie: dapat satu opininon faa nad: fak* faa nad: ahahahahhaha? faa nad:  *gelak guling* my_yatie: *gelak guling* my_yatie: *gelak guling* faa nad: *gelak guling* my_yatie: *gelak guling* faa nad: adoi faa nad: tergelak fa my_yatie: faaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa my_yatie: *gelak guling* faa nad: hahahahahahahah my_yatie: fa... sorry yangggg syahide shedee: saba wei.. my_yatie: aku suke ipad my_yatie: sebab besar shedee: aku suka ipad.. shedee: tp pd aku iPhone dulu beb.. shedee: aku kesian kt hanfon ko yg button tu.. shedee: org lain takle nk gune shedee: sbb semua dh touch skrin.. shedee: my_yatie: ha

Wife-to-be

aku serious bosan. ni la tempat aku luahkan bosan + sedih + gembira. byk cerita gembira pon aku kurang cerita. tatau nape huk. belajar-belajar jadi isteri solehah. susah nyah. lately ni byk aku dengar/baca pasai isteri solehah. betapa perlunye jadi isteri yang dengar kata, taat, dulukan suami, berkorban, bersusah-payah, ceriakan suami, kongsi susah suami. aku rasa aku belum sampai tahap tu. dan aku rasa kunci untuk segala di atas adalah = SABAR. untung dapat suami penyabar. kalau tak.? musti belajar lagi. hihi!! carilah isteri yang sanggup basuh najis kita - YM Tuan Syeikh Hj Md Radzi

simple does matter

Image
always simple does matter. date belum confirm ye kawan-kawan. i just add this picts for my references. :) cream + pink = soft and sweet purple + white = attractive yet too common cream + turqouise / white + turqouise = sweet and rare white + red / red + black = unique yet no softness/sweet i want white as the dominant color with colors pattern. Dais: tips dari aku (apply sket skill design) kalau baju you full color = orange/purple/red cuba carik pelamin yg berlatarkan putih. off white. and bunge situ sana sini sama ngn color. jangan pilih pelamin full color jugak. kalau tak nampak anak mata je jap gi. =D kalau baju white= dominant, pelamin boleh color2. jangan pilih pelamin yg terlalu byk bunga gantung seperti rimba. nanti pengantin tenggelam. wah aku cam da pandai sangat je ... kekeekekek pelamin atas ni cun. simple. :) The dress : sile pilih dress yg sesuai dengan body shape. :) Dais Concept: suke concept memei walopon tak uske memei. so simple. sangat islamic :). The Beads my final

A millioanaire first love

Image
watching it over and over again. mua favourite movie ....

Sabar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengam

dugaan

gantikanlah kesusahnmu/musibah itu dgn kegembiraan atas suatu ganti atau hadiah yg akan Dia berikan akan datang, yang tidak kita ketahui, Itu janji Nya. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar~

sabtu+ahad

Sabtu & Ahad 2 hari bersama abah. sabtu: breakfast di wangsa maju, ke Great eastern, ke hospital, ke KLIA, ke kampung baru for dinner. and the whole day dia belanja kami dua. ahad: bersama dia jugak. yg best bersama dia banyak input dia kasi. banyak la refreshment kat otak. pasal aurat, pasal solat, pasal adab, pasal guru... seronok walau pon amat exhausted. and aku batuk teruk sebab last night overnight kat hospital. air cond sejuk beku + pesakit. dia yg jaga suruh makan itu ini. ^^ sabtu: me: b, jom tengok movie malam ni. abah terdengar. and dia p cakap kat faiz. abah: kau nak kene maki ko pegi la tengok, nenek sakit sakit ni ko nak tengok mwayang. aku : erk. terkedu. kalau tengah minom air mesti tersedak. hoho

er, raya? er, demam? er, busy? er, none

3.48pm. takde mood nak keje. ofis dah kosong. smua pakat balik raya. pakai headphone, dengar-dengar lagu m nasiaq. lately ni busy. weekend tak balik rumah. 1 hari overnight di hospital. 1 hari bersama abah. kebetulan aku batuk teruk. abah jage. best .. ^^! "Jika Allah membuka hijab kepada hamba hambanya mengapa tidak dimakbulkan doanya, hamba-hambanya itu akan bersetuju mengapa doanya itu tidak dimakbulkan" huk~~ i ve something to say , tapi dah hilang semua rangka dalam paler. tak di izinkan. selamat hari raya~

penghias entri )1(

Image

terkilan. amat

Sudah seminggu nenek di hospital. one week before, aku ke rumah nenek, ambik baju-baju dia. Dia pon seronok amat lantas suruh aku test 2 helai baju favourite dia and arwah. aku try merah. dia amat suka. cantik kata dia, cuma kurus sikit. ulang kali dia cakap, suka sangat. cantik, dah macam jahit untuk dia, boleh buat baju kahwin dah ni. aku try lagi satu, muat muat jugak. respond yang sama dari nenek. tapi nenek cakap hak yang merah tadi lagi lawa... nenek petah. sangat peramah. semua org senang dengan nenek. seblum balik aku peluk dia kuat-kuat. me: nek... datang ye khamis ni.. nenek: insya Allah .. doa lah nenek sihat .. Khamis aku "dapat" baju 2nd choclate. dapat baju aku jumpa nenek. nenek: awat tak ambik hak merah. makteh lagi suka hak tu. padan. cantik. me: takpa lah nek, yng ni pon cantik. arwah pun suka kan? sampai kan pada abah pun dia ckp suka aku pakai yg merah. untuk menjaga hati, abah pun arrange agar aku dapat yg merah suka sama suka dengan yg choclate. sebab ne

Task Nov 10

Seluar Latihan Sijil Convocation Adat Istiadat Convocation documentation Khutbun Nubuwwah

sod.ba.rho

Image
Sabar. “Sesungguhnya Allah bersama orang- orang yang sabar ” (surah al-Baqarah, ayat 153) sebenarnya , sabar nih simple jer jika benar faham. sebenarnya dugaan tu simple jer jika benar faham, kalau benar faham, kita akan risau kalau idup senang tanpa dugaan. bila kau di uji dugaan, kau sabar, tanpa sebarang keluhan, ALLAH bersama kamu. dan bila ALLAH beri ujian berturut-turut, berkali-kali, tidak patutkah kita bersyukur, kerana ALLAH ingin bersama mu. Jika tidak kenapa Dia pilih kita utk di uji, dan sabar bila diuji. simple bukan? Allah bersama orang-orang yang sabar. tidak cukup kah lagi? Pencipta Mu yang MAHA BERKUASA  bersama mu apabila kamu sabar. apa lagi yg kamu mahu , Tuhan Mu, bersama mu apabila kamu sabar.

Technology yg tak berapa nak pandai

Image
seperti yg semua sedia maklum. Cyberjaya adalah bandar pintar pertama di Malaysia. Kononnya, nak jimat electricity, management install movement detector dalam toilet. detector tu detect movement baru otomatically light on. MOVEMENT OKEH!!!!!!! dulu aku bukak pintu toilet sikit je, tapi sekarang kene bukak lebar2 sampai detector tu detect movement pintu. bayangkan. pintu sama berat ngn aku. lepas tu dalam toilet tu ade la 2 cubicle comel, masuk dalam tu nak buat *project* , ade lagi satu detector. aku cam kene buat exercise pintu, bukak tutup banyak kali kalau nak detector tu detect. baru light on. erghhhhh... lepas tu pulak. kot la kan kene diarrhea.. dok lamaaa tak gerak, dia p switch off otomatically..... PINTAR KE PANDIR?????

Aku da amek Sijil Rendah Persilatan :)

Image
punyelah aku struggle submit form under MMU. ( sebab kalau submit under Ibu pejabat diorang letak last ), diorang tapis jugak p letak antara yg last akan di panggil. sementara tunggu luar dewan, dok dengar suara org jerit2 ... macam kene torchure kat dalam dewan. senak perot aku. tiba tiba nampak plak kete swift biru. Allah.. YM datang kaaaa... he wished me the other night: semuga berjaya, nanti abg md turun jadi tester.. me: haaaaaaaaaaa? tayah la abg md... him: heheeh... xpe, nanti abg md turun tengok. me: lagi laaaa lupe semua buah jap gi abg md.. huhuuh him: nanti mintak abg md ayat ye... alhamdulillah dapat ayat. memang hilang gerun time tu. sebelum tu rasa nak lari balik rumah dah. makin lama makin kurang orang dah masuk dewan. last2 tinggai aku sorang pompwan. sudah. diorang ni mmg nak letak last ke? tiba tiba nama aku dipanggil. masuk je hall, diorang tunjuk counter... semua dok jengah muka .. haaaa mailalll .. yang mane tengah test org lain , terus p counter aku. memang cuak.

RINDU

aku rindu malam 27 ramadhan

November 10

Image
tidak dapat aku pegun masa cuma dapat melajukan langkah mengejar masa yg hujung nya hanya satu pohonku jalan ku di beri petunjuk petunjuk dari Mu yang Maha Mendengar kurniakan aku sabar atas setiap sesuatu kurniakan aku kekuatan untuk sabar itu jangan lupakan aku pd sesuatu yg baik jadikan lah pengakhiran ku nanti, pengakhiran yang baik. ya Allah ya Rahman sungguh, tiada dapat aku lihat kebaikan aku lakukan sepanjang tahun hanya Engkau lah Maha Mengetahui sesuatu yg tersembunyi Janganlah Kau tunjukkan aku sesuatu yg tidak Engkau sukai dan janganlah Kau sembunyi kan sesuatu yg Engkau sukai. ya  Qahhar ya Wahhab sesungguhnya telah kau tulis segalanya dalam bukuku, jodoh, ajal, maut, musibah, janganlah ya Allah kau catitkan pengakhiran yang buruk. Tunjukkanlah aku tunjang keyakinan, Tunjukkanlah aku akar ikhlas, Tunjukkan aku ihsan, kerana tidak aku jumpa sesuatu jalan melainkan dengan petunjukMu ya Hafiz ya Mu'id jika kau takdirkan satu masa Kau ambil kembali apa yg telah dipinjamkan

Condolence

takziah buat elma. semoga dipinjamkan kekuatan atas kehilangan kucing tersayang.

S.A.L.E

Image
lame da aku tak shopping. macam tak tau ape nak beli ( eh.. melal ke ni ). bukan jimat. tp abes duit kt tempat lain rupenyer. hari tu ade org message kat fb. sist: kat mane ek ade jual skirt yg cantik cantik? mane la budak ni tau aku ngah plan nak wat skirt?

SRP - training

fuh fuuuhhhh..... kesat kesat habuk dalam blog. aku pon tak faham ape org lain yg buat blog bercerita kat blog dia. penat aku perah otak. takde idea.  blog ni lebih pada aku share suka duka dengan diri sendiri je. sebagai kotak ingatan. sebab kalau akusendiri yg hingat. kompem lupe .. kat sini leh bace balik. just that sesape yg terjumpa@terkenal@terbaca tu .... sudah suratan kebetulan ye tak? SRP aku ni kene training SRP. SRP ni sijil rendah persilatan. patutnye aku amek umo RM22. la ni umo 28 da. udah la tu. tester semua aku kenal (diorang mmg tunggu aku amek sbb nak buat lauk). udah la tu. malas nak sakit badan training sbb mmg esok nye tak larat nak keja. training pon sama adik adik umo rm22.. (kenape RM .. aku pon tatau. sbb akal suh letak.) lagi la aku segan. udah la tu. aku da lame tak turun. mmg tak ingat buah semua. udah la tu. kurang training. sbb aku tu kategori pesilat tua yg nak blaja silat dulu masa amek. udah la tu. selalu ponteng. udah la tu. yg train aku pon kawan2 aku

tertarik

Image
jalan-jalan di halaman google image . tertarik dengan air muka syeikh ini. ade yg "menarik". lalu aku google profile beliau. sekadar berkongsi Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah memiliki terlalu banyak sifat yang mulia. Antaranya ialah kecintaannya kepada kesempurnaan dalam semua urusannya. Beliau amat menghormati tetamu, seorang yang amat berlemah lembut lagi pemaaf. Selain itu beliau sangat beradab dan berakhlak mulia, sangat lembut lisannya serta tidak pernah menyakiti seseorang dengan kata-katanya. Syeikh juga sangat cerdas dan pandai memilih kata-kata. Beliau tidak akan melakukan sesuatu melainkan setelah dipertimbangkan secukupnya dan amat cermat lagi teliti dalam setiap urusannya. Beliau juga sangat penyabar dalam ketaatan dan ujian, sangat menjaga solatnya, sentiasa menunaikannya di awal waktu walau ketika penat atau sakit. Beliau amat rajin membaca Al-Qur’an serta mempunyai wirid yang dibaca setiap pagi di samping amat banyak

officemate sengal 1

Image
budak office aku sorang nih. programmer. satu hari minum petang. dia makan aiskrim vanilla, kami tanye: tak muak ke .. makan ais krim vanilla, lepas tu minum teh tarik? dengan pantas nye reaksi dia.. dia celup ais krim tu dalam teh tarik, pestu makan. er... sakit budak nihhhh

rindu~

Image
rasa macam dah lama tak dengar butir butir tenang , nasihat, mengingatkan, menyedarkan dari YM Tuan Syeikh
Image
rindu ler blog nih. nak edit skin. tapi wordpress ni tadek plak yg simple cam blogspot. grrr

Gelombang Biru 10.10.10

dah hampir seminggu. Wall FB aku belum surut lagi. penuh dengan album color biru gelap... penuh dengan tagging... penuh dengan comments. ramai yg add. notification penuh dlm mail. banyak cerita aku dengar. ade ke malam aku p dataran tu rupenye ramai org jumpe hantu . err.. tatotttt... cannot tell here. dont know either hantu or jembalang. eh? same ke? okey. aku suka puisi nih. meremang roma roma. naik semangat melayu aku walopon bukan pure melayu .. hahah... link puisi by a. aziz. (sangat dua tiga lapis puisi dia) disampaikan oleh 3 generasi : Fauziah Nawi, MAshitah, wajhih Nota kaki: okey. nape byk jerawat gegantic nihhhhh Nota kaki lagi satu: malam ni niat nak tido awal... berjayakah? kita lihat esok

Jom Silat: 10.10.10

Image
8.10.10 - Jumaat (2 days left) masa ni aku berhempas pulas siapkan buku program last minuted requested by pihak atas. bern gee zura napi n faiz. till 4 oclock, tarak tahan wa tido same zura. org lain kat bawah pulun demo n prepare. ade yg prepare persembahan khas, papan sekeping, n demo ramai2. akibat nk cepat, kami tak sempat makan, sebaik org seblah buat open house. tumpang sekaki. fufufuf. oh first time i tido umah satuan. sebaik semua org takde. 9.10.10 - Sabtu (1 day left) aku bangun je tengok note for changes utk buku program. oh mandrem amat. sape perasan muke aku mmg macam tuut.. mane tak .. tak cukup tido+ rest+weng+lapar. hampir saja mau marah2... tp pikio pikio.. dugaan.. cabaran. sebaik dah ade org blanjer roti cannai kt bawah. semua org jumpe mlm tadi tanye, tak balik ke? baju tak bertukar. huhu tengahari aku gerak balik utk mandi. evening lari ke KL check in hotel. sebaik gee sempat dapat hotel yg amboi amboi enak macam kt rome. so excited. letak2 barang terus ke rumah sa